Sunday, November 28, 2010

Hidupku berubah 100%

Assalamualaikum w.b.t
terime kasih pd sahabat2 yg sudi bace blog ana selame ni.. ana doakan anta/anti sentiase dlm rahmat Allah s.w.t..

Erm.. hari ni ana teringin nk share something yg wat ana terfikir dr dulu lg.. pade awal tahun 2010 yg lalu.. ana br je grad dr politeknik..
bosannya duduk dirumah tanpa wat ape2 hanya Allah yg tau..
mase tu ana pernah terfikir.. alangkah baiknya kalau ana kerja part time sementara konvo..
mane tau dpt cr duit lebih kn nk bayar hutang ptptn..

Bulan Mac 2010: Pencarian kerja ana pun bermula sekitar bulan mac 2010.. boleh katekan berbelas belas company ana hanta resume.. ana ikhtiar mcm2 utk dptkn kerja..
tp Hampa...

ana cuma mampu berserah pd Allah mase tu.. kalau ditakdirkan ana x dpt sambung degree.. ana mmg nk cr kerja tetap..

Bulan mei 2010 : pada bulan ni.. satu titik prmulaan ana bila ana dipanggil utk interview sbg sales consultant di menara maybank.. bangsar..


Ya Allah.. betape bersyukurnya ana ketika tu sbb dpanggil interview di satu ccompany terbesar di Malaysia ni..
yg interview ana mase tu Pn.Jazira..
temuduga berjalan lancar dan peluang ana nk dptkn kerja tu boleh la katekan 60-70%..

Kemudian ana pun tggu jawapan dr Maybank.. tanpa memikirkan betape ruginye pelajar Engineering bertukar prospek 100% ke bank.. niat ana hanya satu. nk bantu keluarga.. lpas tu nk memajukan diri and ekonomi diri ni..

minggu berganti minggu.. sbb tiada jawapan dr maybank.. akhirnya ana mengalah.. ana cr keja
ditempat lain pula..

Bulan Jun 2010: Rezeki sekali lagi berpihak pd ana selepas dpt kerja di FREESCALE SMICONDUCTOR, sg.way, Petaling Jaya..



ana dpt post Techincian.. dengan gaji rm1400 basic..

ana rase bersyukur sgt.. tp Allah maha pemberi rezeki.. selepas dpt jawapan dr freescale..pade hari yang same.. ana dpt panggilan dr Pn.Jazira pula.. kerja sbg sales consultant tu da menanti ana... dengn gaji rm1600 basic.. betape serba salah ana dibuatnya.... tak cukup dgn itu.. ana dpt satu lagi panggilan.. panggilan kemasukan ke UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

ADUH.. Berat hati ni nk pilih mane yg terbaik.. ana pikirkan betapa gambiranya parent ana bila ana dpt kerja.. tp hati ana lebih gembira nk smbung dgree..
ana x dpt berfikir dengan baik utk tempoh2 ni.. boleh katekan hati and jiwa ana btul2 x tenang dibuatnya,, ana hanya mampu bertahajud pd Allah..

Ya Allah.. akhirnya.. ana buat keputusan utk sambung dgree.. ana terpakse kecewakan harapan ibu ayah serta si dia (ketika tu masih ada)

ana pun dengan berat hati meninggalkan kerjaya ana utk ke UTEM.. harapan ana.. ana nk genggam segulang ijazah... insyaallah.. ana sentiasa berdoa pd Allah agar ana dpt harungi 4 tahun ni penuh bererti..

Bulan Nov 2010: selepas ana harungi satu sem disini.. tamatla fianal exam sem 1.. tinggal 7 sem lgi kat sini... erm..
bila ana pulang kerumah.. ana dpt berita yg maybank peruntukkan bonus 60 bulan wat pekerjanya..

"Ya Allah.. kalaulah aku terus kerja di maybank dulu.. mungkin aku dapat hanta ibu dan ayahku g umrah hujung tahun ni.."

Tp ana anggap semua ni Takdir Allah.. Allah maha mengetahui..

mungkin hidup ana berubah selepas 4 tahun ni sama ada lebih baik atau sebaliknya..
ana yang pilih jalan ni.. ana harap keputusan yang ana wat ni jd pengajaran pd diri ana utk mase depan ana nnt.. insyaallah.. ana hanya mampu berserah pdMu ya Allah...

Thursday, November 25, 2010

Hikmah Membaca Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t
Rasenye da lame ana x update blog ana ni.. rindu nk meyanpaikan ilmu2 bermanfaat pd sahabat2 ana yg ana kasihi.. semoga ilmu yg kta kongsikn akan beroleh manfaat hingga ke akhirat kelak.. insyaallah...
sekarang da cuti semester.. alhamdulillah kejap je da abis satu semenster kat UTEM ni.. jadi sempena cuti yg terluang ni boleh la ana tulis sesuatu dlm blog ni..

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-

SAMA MENDAPAT KEREDHAAN

ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahunperjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.