Sunday, January 30, 2011

Saat paling mengharukan bg seorang anak gadis dlm seumur hidupnya..



inilah saat yang paling sedih apabila seorg anak gadis dilepaskan pleh ibu bapanya kepada suaminya saat dinikahkan... setiap wanita pasti melalui saat ini.. sama2 lah kita menghayati semua ini..

Ingatlah kaum adam.. apabila kamu menikahi seorg wanita itu.. maka jadilah seorang suami yang bertanggungjawab...sesungguhnya syurga seorg isteri itu dibawah tapak kaki suami.. dan setiap apa kebaikan yg isteri kamu kerjakan pasti kamu akan mendapat ganjarannya juga.. igtlah pd ibu bapanya juga krn sesungguhnya pertalian antra anak serta Ibu dan Bapa takkan terputus sampai bila2..

Malam tadi saya bermimpi.. Isteri.. Perkahwinan.. keluarga..

Assalamualaikum w.b.t...
rasenye da lame sy x update blog sy kn..?
tibe2 ader sesuatu yang nk buat sy menulis blog ni..

malam td.. sy bermimpikan sesuatu... sesuatu yg sy x pernah mimpi sebelum ni..
sy akan share pd semua kawan2 disni k.

"Hari itu cuace sungguh cerah.. sy duduk di dalam kereta.. menuju ke sebuah rumah... dengan ditemani sahabat2 yang terdekat serta keluarga sy..

Apabila sampai didalam rumah itu.. sy disambut baik oleh sekumpulan keluarga yang sangat mesra.. lebih2 apabila sy melihat wajah bakal ayah dan ibu mertua sy..
kami bersama2 menuju ke masjid pula yang terletak tidak jauh dr situ...

smpai didalam masjid.. sy terlihat ramai sahabat2 handai serta saudara mara sy telah menunggu ketibaan rombongan kami...

sy terlihat kelibat seorang lebai yang sy rsekan dia adalah tok kadi yang akan menikahkan sy..
bapa mertua sy duduk disebelahnya.. dengan bersaksikan seluruh jemaah disitu..
betapa gemuruhnya darah sy waktu itu...

kemudian.. wanita yang bakal menjadi isteri sy pun tiba... dengan wajah manis yang berseri2 memndang tepat ke arah sy.. sy melihat alangkah bersyukurnya pd hari itu..
melihat pakaiannya serba putih serta tudung litup..dia duduk dibelakang sy..

Acara akad Nikah pun bermula.. selepas selesai tok kadi memberi taklimat..
bermulalah lafaz Ijab dan Qabul..

Akhirnya.. sy sah menjadi suami kepada isteri sy..

selesai membace doa.. sy terus menunaikan solat sunat di dalam masjid itu..
kemudian.. acara menyarung cincin serta membatalkan air sembahyang juga bermua..

selesai semua..

sy beredar dr masjid bersama keluarga serta isteri yang baru sy nikahi...
kemudian isteri sy berkata kepada sy..

"Abang... sy sangat bersyukur sebab Allah kurnikan sy jodoh secepat ini.. sy janji akan jd isteri terbaik utk abg"

sy membalasnya

"Alhamdulillah.. abg bersyukur pd Allah sbb dikurniakan seorg isteri yang solehah dan penyayng.. abg harap awk akan jd seorg isteri yang taat serta kita mampu mebina baitul muslim yang sempurna kelak insyaallah..abg bercadang kita mengerjakan umrah sengan ayah mak kita sama k..kita mulakan hidup kita dengan sesuatu yang baik.. insyaallah..."

selepas itu.. kami pun memulakan alam baru sbg suami isteri..

.........................................sy terjaga dr tidur.. masyaallah..
alangkah indahnya jika percintaan itu mengikut syariatMu ya Allah..
sesungguhnya alam perkahwinan dlm islam sgt berbeza dan sgt indah jika dimulakan dengan perkara baik..

tp sy sedar.. semua itu hanya impian sy.. sedangkan sy sendiri tidak tahu siapakah jodoh sy.. tp sy tahu Allah maha mengetahui.. jika Allah kurniakan kpd sy seorg isteri yang solehah.. sy sgt bersyukur...

Amin yaraabbala alamin.. inilah kali pertama sy termimpikan perkara seperti ini dlm hidup sy...

Sunday, November 28, 2010

Hidupku berubah 100%

Assalamualaikum w.b.t
terime kasih pd sahabat2 yg sudi bace blog ana selame ni.. ana doakan anta/anti sentiase dlm rahmat Allah s.w.t..

Erm.. hari ni ana teringin nk share something yg wat ana terfikir dr dulu lg.. pade awal tahun 2010 yg lalu.. ana br je grad dr politeknik..
bosannya duduk dirumah tanpa wat ape2 hanya Allah yg tau..
mase tu ana pernah terfikir.. alangkah baiknya kalau ana kerja part time sementara konvo..
mane tau dpt cr duit lebih kn nk bayar hutang ptptn..

Bulan Mac 2010: Pencarian kerja ana pun bermula sekitar bulan mac 2010.. boleh katekan berbelas belas company ana hanta resume.. ana ikhtiar mcm2 utk dptkn kerja..
tp Hampa...

ana cuma mampu berserah pd Allah mase tu.. kalau ditakdirkan ana x dpt sambung degree.. ana mmg nk cr kerja tetap..

Bulan mei 2010 : pada bulan ni.. satu titik prmulaan ana bila ana dipanggil utk interview sbg sales consultant di menara maybank.. bangsar..


Ya Allah.. betape bersyukurnya ana ketika tu sbb dpanggil interview di satu ccompany terbesar di Malaysia ni..
yg interview ana mase tu Pn.Jazira..
temuduga berjalan lancar dan peluang ana nk dptkn kerja tu boleh la katekan 60-70%..

Kemudian ana pun tggu jawapan dr Maybank.. tanpa memikirkan betape ruginye pelajar Engineering bertukar prospek 100% ke bank.. niat ana hanya satu. nk bantu keluarga.. lpas tu nk memajukan diri and ekonomi diri ni..

minggu berganti minggu.. sbb tiada jawapan dr maybank.. akhirnya ana mengalah.. ana cr keja
ditempat lain pula..

Bulan Jun 2010: Rezeki sekali lagi berpihak pd ana selepas dpt kerja di FREESCALE SMICONDUCTOR, sg.way, Petaling Jaya..



ana dpt post Techincian.. dengan gaji rm1400 basic..

ana rase bersyukur sgt.. tp Allah maha pemberi rezeki.. selepas dpt jawapan dr freescale..pade hari yang same.. ana dpt panggilan dr Pn.Jazira pula.. kerja sbg sales consultant tu da menanti ana... dengn gaji rm1600 basic.. betape serba salah ana dibuatnya.... tak cukup dgn itu.. ana dpt satu lagi panggilan.. panggilan kemasukan ke UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

ADUH.. Berat hati ni nk pilih mane yg terbaik.. ana pikirkan betapa gambiranya parent ana bila ana dpt kerja.. tp hati ana lebih gembira nk smbung dgree..
ana x dpt berfikir dengan baik utk tempoh2 ni.. boleh katekan hati and jiwa ana btul2 x tenang dibuatnya,, ana hanya mampu bertahajud pd Allah..

Ya Allah.. akhirnya.. ana buat keputusan utk sambung dgree.. ana terpakse kecewakan harapan ibu ayah serta si dia (ketika tu masih ada)

ana pun dengan berat hati meninggalkan kerjaya ana utk ke UTEM.. harapan ana.. ana nk genggam segulang ijazah... insyaallah.. ana sentiasa berdoa pd Allah agar ana dpt harungi 4 tahun ni penuh bererti..

Bulan Nov 2010: selepas ana harungi satu sem disini.. tamatla fianal exam sem 1.. tinggal 7 sem lgi kat sini... erm..
bila ana pulang kerumah.. ana dpt berita yg maybank peruntukkan bonus 60 bulan wat pekerjanya..

"Ya Allah.. kalaulah aku terus kerja di maybank dulu.. mungkin aku dapat hanta ibu dan ayahku g umrah hujung tahun ni.."

Tp ana anggap semua ni Takdir Allah.. Allah maha mengetahui..

mungkin hidup ana berubah selepas 4 tahun ni sama ada lebih baik atau sebaliknya..
ana yang pilih jalan ni.. ana harap keputusan yang ana wat ni jd pengajaran pd diri ana utk mase depan ana nnt.. insyaallah.. ana hanya mampu berserah pdMu ya Allah...

Thursday, November 25, 2010

Hikmah Membaca Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t
Rasenye da lame ana x update blog ana ni.. rindu nk meyanpaikan ilmu2 bermanfaat pd sahabat2 ana yg ana kasihi.. semoga ilmu yg kta kongsikn akan beroleh manfaat hingga ke akhirat kelak.. insyaallah...
sekarang da cuti semester.. alhamdulillah kejap je da abis satu semenster kat UTEM ni.. jadi sempena cuti yg terluang ni boleh la ana tulis sesuatu dlm blog ni..

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-

SAMA MENDAPAT KEREDHAAN

ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...
bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahunperjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, October 14, 2010

Tanda-Tanda Kematian seseorang...



100 hari sebelum kematian:


Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.


40 hari sebelum kematian:


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


7 hari sebelum kematian:


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


3 hari sebelum kematian:


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian:


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.



Tanda akhir sebelum kematian:


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.


1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.


sumber : Tausyiahislamiyyah




Monday, September 6, 2010

Kenapa wanita MELUAT dgn BIDADARI? erm?


“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau ana tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.



Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.




Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.



Ana pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”



Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Ana tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

Biar ana beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.



Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.


Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?


Tidak juga.


Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?



Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.



Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.



Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.


Betul?


Tapi adakah anda pasti?


Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;


Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal


Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.



Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)


Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.



Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivanka Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..



Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..



Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”



Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.



Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).



Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.



Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!



Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j


P. S : Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!=)

Amin...^___^


Credit kpd: Sebutir Mutiara Seindah Wanita