Friday, March 26, 2010

Jatuh Cinta ke..? (^_^)


Bagaimana nak tahu kita benar2 jatuh cinta?:

1. Bila sebut nama dia rasa berdebar.
2. Kita tak boleh hidup tanpa dia.
3. Dapat bayangkan masa depan bersama dia.
4. Kita sentiasa ambik berat akan dia.
5. Kita Susah nak tido asyik teringat dia.

Kalau anda mengalami tanda-tanda di atas:

JIKA ANDA ADALAH 17 TAHUN KE BAWAH:

- Sila ambil buku pelajaran dan ulangkaji untuk UPSR, PMR atau SPM.

JIKA ANDA ADALAH 18 TAHUN KE ATAS:

- Sila bagitau mak ayah anda dah tahap wajib untuk bernikah.

Jauhi zina tanpa nikah kerana anda berpotensi untuk menjadi seorang pembunuh juga.

And aku letakkan satu video klip.. jangan tanye sape sbb korg kenal muke itu..
khas wat semua.. kaulah segalanya......
.♥

Tanggungjawab Minggu ni.. =-)

Assalamualaikum w.b.t..

sekian kali skrg nk update blog.. sbb da keje ni..
byk sgt hal2 yg wat mase tu padat..
tp kalau waktu terluang mcm ni br ader peluang nk post..
heheheh (^_^)

Diam x diam da dekat seminggu mak ayah aku fly..
dalam seminggu ni jgak la aku kene pikul amanah dr mak ayah..

tanggungjawab yg aku selalau x lupe
dlm pale ni...

1/- Tanggungjawab pade adik2 nk g sekolah..
2/- T/Jawab mengurus rumah.. semua kene wat sendiri..(bibik xde)
3/- yg plg penting T/jwb pd yg Maha Esa.. (wajib tu..)

Jadi waktu mcm ni lah aku br tau betape susah nya kalau
jd suri rumah..
hehehe..

xde keje dahni.. xtau nk tulis ape..hehehe

Tuesday, March 23, 2010

Yang Terbaik utk kite..(^_^)

..

Pada suatu hari di sebuah sekolah,

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar : “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu akan berkekalan?”

Cikgu : “Ok, kamu ikut ape yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila kamu dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu bertanya,” Kenapa tiada rumput yang dipilh?”

Pelajar : “ Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, bila saya sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi, dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada lah rumput yang boleh saya petik. “

Cikgu : “ Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan mata kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik walaupun nak diikutkan, masih banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi…”

Friday, March 19, 2010

Esok.. hari pernkahan kawan aku...(^_^)

Asslamualaikum w.b.t
dengan nama Allah yang pemurah lg maha penyayang..

tarikh hari ni 20/3/2010
esok salah sowang kawan aku tyme skul dulu akan bernikah..
Diam x diam.. da 5 orang kawan skul aku dulu da jd suami org.. da menempuh alam baru bersama wanita bergelar isteri...
bestnye.. alangkah bahagianya kalau aku kat tempat mereka..
erm..
aku hanya mampu berdoa pada Allah agar hub mereka berkekaln selamanya..
amin...
bile tgk kawan2 yg lain kawen.. terdetik hati aku nk mengalami mende yg same..
hheheh gatal kan?
tp lg baik kawen dr melakukan maksiat kn..
lgpun lumrah kehidupan manusia ni tuhan ciptakan setiap insan berpasangan..
jd aku hanya mampu berserah pdNya..
Tiap2 hari aku berdoa agar diberikan jodoh yang baik inshaallah..
org kate.. kalau nk memilih pasangan hidup biarlah kerana bebrapa perkara..

"Bernikahi wanita itu kerana 4 perkara, kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan plg penting kerana agamanya..maka pilihlah kerana agamanya, nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu"

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."

And aku nk share gak satu vid klip kump in-team yg berkenaan ngan blog aku ni.. harap dapat menghayati vid klip ni k...

Tuesday, March 2, 2010

Antara Wanita yang baik atau jahat?

Assalamualaikum w.b.t..

somethink yg boleh tibe2 wat aku terfikirkan hal ni..
dalam dunia ni..
ada org yang suke pandang dr luaran saje..
sedangkan dalaman tidak sama...

cth...
aku ader sowg kawan.. mase blaja dulu dier ni mmg nampak dr luar mcm gadis nakal.. macam gadis yg agak sosial gak...
Aku panggil dia "A"
maybe sbb muke n ketinggian dia mcm ala2 model..
ramai org suke.. jd aku x heranlah sbb ramai gadis yg macam tu skrg...

tapi hakikatnya mmg x sama sekali dengan apa yg ku fikirkan..
satu hari..

A: Assalamualaikum yum..
Q: Salam.. ye A... kenapa..
A: Boleh x kalau A nk tanya sesuatu?
Q: Apa dia.. katakanlah..
A: Mcm mane kalau kte nk sesorg bimbing kte utk wat amal?
Q: Cth amal mcm mane ye?
A: Ye la... cthnya mcm nk bersedekah kat anak2 yatim..ibu2 tunggal...
Q: Alhamdulillah.. kalau A btul2 nk bantu org.. yum boleh tlg tunjukkan dimana tempatnya..
A: Ye ke? thanks yum... nnt sy gtau bile nk g sane k..

Subhanallah....
A nampak lain sgt bile aku btul2 mengenali dirinya yg sebenar..
bukan dr luar yg nampak baik tp hati busuk kn...

sbb tu kdg2 aku mmg x penah memilih kawan...
dulu aku memilih.. nk cr kawan mesti yang nampak baik je dr luar..
pastu bile tgk pompuan x pakai tudung aku xnak lansung kenali dia..
tp semua tu da berubah..
bile ader gak kawan2 yg dr luar nampak alim..
tp hatinya busuk.. selalu mengfitnah belakang aku n berpura pura ikhlas lak tu..

ape yang aku pikirkan skrg x sama
aku stat kawan ngan ramai org.. tanpa memilih sape2 pun
walaupun ada kawan yg agak2 liar sket.. mungkin ader reason diorg jd mcm tu..
(cthnya.. kurang perhatian org tua)
tp aku percaya.. setiap org terutama pompuan mmg
bole dibimbing jika diberikan petunjuk dan jalan yang betul..
sape tau kan..
kot2 dr seorg gadis yang nakal n sosial..
dier boleh jd seorg muslimah yang solehah.. isteri yang baik.. dan ibu yang mithali...
inshaallah...

p/s: Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita solehah...