Thursday, August 26, 2010

Adakah Kita menjadi HambaNya yang bersyukur?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Alhamdulillah.. Diam tak diam tak lama lagi masuklah 10 malam ramadhan terakhir... akhirnya sempat jugak ana meluangkan masa dihadapan laptop selepas solat subuh pg td.. tibe2.. ader sesuatu yang membuat ana berfikir sejenak.. bersyukurkah ana sbg hamba Allah?

Sebagai seorang manusia yang memenuhi tuntutan agama, Insyallah, tentunya pernah bertanya kepada diri sendiri soalan berikut,
"Kenapa kadang seseorang itu sentiasa mendapat kegembiraan seperti; dapat naik pangkat dengan cepat, murah rezekinya dan lain-lain sedang orang itu selalu melakukan kemungkaran?

Haruslah diingat bahawa penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya tetapi, kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan orang tersebut. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang mana saya ingat lebih kurang Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji"?

Allah S.W.T. akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana. jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang..

Ada juga seperti yang ditanya oleh seorg murid sek.rendah kepada ustaznya..

"ustaz,Mengapakah setelah acap kali kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?أ

ustaz menjawab "Itu adalah tanda Allah S.W.T. menyayangi kita, kerana apa...!, kerana Allah S.W.T. mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah S.W.T
Sesungguhnya Allah S.W.T. amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah S.W.T kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah S.W.T. kurniakan. "



No comments:

Post a Comment