Saturday, August 28, 2010

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh...

Asslamualaikum w.b.t
syukur ke hadrat Allah....
kte masih diberi peluang utk hidup utk beribadah kepadanya..

ok...kalau biasenye.. kaum2 adam selalu yang ana dgr akan ckp

"ana ingin cari bakal isteri yang solehah.. yang menutup aurat, yang baik2 je"

................Tetapi..................

adakah kamu seorg yang baik juga?

mesti kte pernah dgr ayat ni..

"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."

ok..dibawah ni ader bebrapa tips yang ana dpt kongsikan bersama sahabat2 ana sekalian.. (pesanan utk diri ana juga =-) )

ana doakan semoga semua bakal2 suami yang bace blog ni akan jadi seorg imam/suami/penghulu keluarga yang sentiasa dlm keredhaan Allah insyaallah...

1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya.

2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.

3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan ajaran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama tetangga atau sebagainya.

5. Suami yang dapat memberikan perhatian dalam hal keselamatan, kebajikan dan kesehatannya.

6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna sesuai kemampuannya

7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merusak keutuhan rumah tangga mereka.

9. Sentiasa memberikan kasih sayang, dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

10. Suami yang sentiasa menjaga rahasia isterinya dan tidak diberitahukan kepada orang lain.

11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

14. Suami yang bijak memahami perasaan dan hati isteri dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

16. Suami yang menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment